PEMBIAKKAN IKAN HIASAN MALAYSIA

PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN MALAYSIA

KEPADA SESIAPA YANG INGIN BELAJAR MENGENAI IKAN HIASAN...
CARA-CARA PEMBIAKAN IKAN HIASAN...
DI SINILAH TEMPATNYA...

Friday, 30 September 2011

PEMBIAKAN DISCUS (Symphysodon discus,Heckel)


PENGENALAN
 
Bersifat `Parental care’
Spesis dibahagi kepada 3 sub- sepsis :

* Symphysodon aequifasciata (Discus hijau)
* Symphysodon aequifasciata heraldi (Discus biru)
* Symphysodon aequifasciata axelrodi (Discus coklat)

PENJAGAAN INDUK

* Pastikan tempat simpanan induk sentiasa bersih
* Beri makan secukupnya
* Pengudaraan `air stone’ memadai

KEPERLUAN ASAS TERNAKAN DISCUS

* Waktu pembersihan             : 9.00 – 9.30 am
* Waktu beri makan                : 9.30 – 10.00 am
* Suhu                                     : 28ºC - 29ºC
* pH air                                   : 6.0 – 6.5
* Keliatan                                : 40 – 50 ppm

PEMILIHAN INDUK

* Umur 10 – 12 bulan
* Induk matang akan mencari pasangan
* Induk muda selalunya akan memakan telur
* Induk tua bersifat keibuan
* Pilih pasangan yang sesuai

PENYEDIAAN TEMPAT PEMBIAKAN

* Sediakan akuarium bersaiz 75 cm X 45 cm X 45 cm.
* Masukkan air bersih pada parameter yang sesuai
*Masukkan substrat
* Akuarium hendaklah diletakkan di tempat yang tiada gangguan

PEMBIAKAN DISCUS

* Masukkan sepasang induk
* Proses pengawanan biasanya berlaku pada waktu petang
* Telur akan melekat pada media dan disenyawakan
* Telur menetas selepas 48 – 60 jam

TEKNIK-TEKNIK PEMBIAKAN (CICHLID DAN POECILID)

PENGENALAN.

Ikan dari kumpulan cichilid terdapat diseluruh benua afrika, termasuk madagaskar. Ikan ini membiak dengan cara bertelur. Ia  banyak terdapat di air tawar yang mengalir perlahan dan terdapat banyak tempat untuk menyorok seperti celah-celah batu, akar pokok atau tumbuhan air.


ANTARA SPESIS CICHLID.
* Discus
* Angel
* Oscar
* Cichlasoma sp.


CICHLIDAE   

DISCUS
Banyak dihasilkan di Perak, Johor & Pulau Pinang. Dibiakkan di dalam akuarium, memerlukan kualiti air & makanan yang baik. Penjagaan rumit tetapi memberi pulangan lumayan. Baka baru - Blue diamond, snakeskin, gold & white popular di Asia. Baka tulin - Heckel, Turquoise & cobalt popular di Eropah.

 
SIFAT ‘PARENTAL CARE’ 

Induk mengasuh anak sehingga besar. Sesuai dan cantik di pelihara di dalam akuarium. Mudah dibiakkan - dalam akuarium, baldi @ besen plastik.  Angel - Betina melekatkan telur di permukaan daun dan jantan mensenyawakan. Jenis seperti Ghost, blue & pearl angel. 
OSCAR 

Boleh dibiakkan di dalam tangki simen atau akuarium. Telurnya melekat pada substrate. Induk mengawasi sehingga anak cukup besar. Terdapat pelbagai jenis spt tiger, red, albino, long-fin. Laris di pasaran tempatan. JENIS-JENIS LAIN seperti Malawi, dwarf cichlid, frontosa membiak dengan cara yg. Sama.

MENGENALPASTI JANTINA

Ikan Jantan 
* Warna yang menarik
* Sirip dorsal dan anal lebih panjang
* Agak garang 

Ikan Betina 
* Warnanya kurang menarik
* Sirip dorsal lebih pendek
  
MENGENALPASTI KEMATANGAN

* Umur yang cukup
* Perut yang agak besar dari kebiasaan
* Lebih agresif terutamanya ikan jantan
* Alat jantina ikan betina membengkak
* Ikan mendapatkan pasangan

PANDUAN MEMILIH JENIS BETTA


       Terdapat jenis yang berkilat(metalic) spt hijau dan biru, pelbagai warna dan bercorak marble.
       Terdapat ekor yang panjang (veil tail, comb tail atau palm leaf), jenis berekor pendek(short fin), ekor cabang dua(double tail), berbentuk ekor guppy/half moon.
       Sirip yang sangat terlentuk ke bawah dan terlipat adalah tidak bermutu.
       Bahagian ekor dan badannya hendaklah selari semasa berehat/berenang. 
       Sirip yang kucup menandakan ikan kurang sihat/kurang selesa dengan sekitarannya. 
       Untuk memilih jantan yang baik, terdapat buih di dalam bekasnya 

Ciri Ikan betina yang baik-sirip terbuka luas, warna menarik dan memberangsangkan.

PANDUAN MEMELIHARA BETTA

       Ikan Betta perlukan air Ph rendah sekitar 5.0-6.5 untuk hidup dengan baik.
       Bekalan air domestik juga sesuai untuk ternakan betta.
       Ikan jantan yang baik dipelihara secara individu. Elakkan dicederakan oleh ikan lain.
       Ikan betina boleh dipelihara dengan ikan lain spt Rasbora,Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan spt Tiger barb

PEMBIAKAN IKAN ANABANTIDAE (JENIS-JENIS PENAFAS UDARA)

ANABANTIDAE.

Pembiakan Anabantid secara umum.
Kebanyakkan species Anabantid membuat sarang buih.  Induk jantan membuat sarang dengan membentuk gelembung udara pada akar tunbuhan yang terapung sebelum mengawan.  Telur tersenyawa dijaga oleh induk jantan sehingga menetas.  Induk betina tidak berperanan menjaga sarangnya.  Sesetengah species Anabantid, seperti ikan pelaga siam (Betta Splendens) induk betina perlu diasingkan selepas membiak kerana induk jantan akan mencederakan induk betina.  Terdapat juga species dimana induk betina mengeram telur di dalam mulutnya (mouth brooder) seperti Sphaerichthys Osphomenoides (Cochlate Gourami) dan Betta pugnax atau membuat sarang dari cebisan-cebisan tumbuhan air seperti ikan kaloi (Osphronemus gourami).

Ikan dalam kumpulan ini termasuklah ikan pelaga (Betta splendens), ikan sepat  (Trichogaster sp), ikan Lili (Colisa), ikan kaloi (Osphronemus gourami) dan ikan pelaga china atau Paradise Fish (Macropdus opercularis).

PEMBIAKAN IKAN PELAGA (Betta Splendens).


Betta splendens, nama saintifik yang diberikan oleh Bleeker, diambil dari perkataan Jawa iaitu ‘Wader Bettah’. Membuat sarang buih ketika membiak. Ikan jantan mengawasi anaknya sehingga dapat hidup sendiri.

         Ikan pelaga (Betta) sentiasa mendapat tempat dikalangan peminat ikan hiasan.
         Trend semasa ialah mendapatkan jenis fancy untuk hiasan& dipertandingkan.
Seekor baka baru boleh mencapai harga ribuan ringgit


Langkah-langkah untuk membiak Betta

1. Pra pembiakan ( Conditioning )

       Induk jantan dan betina diasingkan.Induk jantan dalam sebuah bekas dan betina dalam akuarium secara komuniti.
       Makanan utama seperti Moina sp, tubifex worm atau blood worm boleh diberikan.

2. Penyediaan tangki pembiakan

    Tangki berukuran 12”x10”x10” adalah memadai.Tangki diisi air separuh penuh dengan air paip&air hujan yang telah diheningkan.
       Letakkan satu keratan paip PVC 6” untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan sedang aggresif.

3. Mencampurkan induk

       Induk jantan dimasukkan dalam tangki pembiakan.Bila ia telah membina sarang buih, sudah sedia untuk membiak.
       Induk betina dimasukkan dalam botol di dalam tangki pembiakan untuk merangsang pembiakan ikan jantan.

4.Membuat sarang buih

     Induk jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dgn mucus dari dalam mulutnya.
       Buih-buih bercantum membentuk segumpal sarang.
       Pada permulaan berlaku pergaduhan induk jantan&betina.Bila kedua-dua induk sedia mengawan,ia akan berada dibawah sarang dan mulai mengawan.
 
5. Pengawanan

       Semasa mengawan, ikan jantan dan betina membelitkan badannya.
       Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menhembuskan ke dalam sarang buih.
       Buih yang rosak akan terus dibaikki oleh ikan jantan.
       Proses ini berulang-ulang antara 1-1.5 jam.

6.Penjagaan telur

       Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dibuat rawatan.
       Induk jantan mengawasi telor sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry

       Telur menetas selepas 24-30 jam.Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya.
       Selepas 3 hari fry akan mula berenangdan perlulah diberikan makanan.Makanan terbaik ialah air hijau( green water ) yang boleh didapati dalam ternakan keli/tilapia.
       Kaedah lain ialah makanan artemia yang baru menetas.Selepas 5 hari boleh diberikan makanan rumusan berbentuk serbuk.
       Fry berumur 7-10 hari dipindahkan ke tangki pemeliharaan dengan diberikan makanan moina atau blood worm yang dicincang.
       Tangki pemeliharaan tidak perlu pengudaraan.

8. Pengasingan/pembotolan

       Setelah 3 bulan, jantan mulai agresif dan perlulah diasingkan secara individu di dalam botol.
       Ikan betina dipelihara dalam akaurium secara komuniti.
       Untuk penghasilan komersial pastikan ruang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.


CYPRINIDAE


IKAN EMAS DAN KOI

Membiak semulajadi di dalam tangki simen dengan diletakkan tumbuhan air. Boleh dipelihara di dalam kolam tanah atau simen.

Cara Membiak Ikan Emas

-Sediakan tangki 2m x 2m
-Kiambang
-Induk 1:1
-3 hari selepas menetas beri artemia
-7 hari lepas ke kolam saiz 0.1 h – 0.3 h

PEMBIAKAN IKAN CYPRINIDAE

BOLEH DIBIAKKAN SECARA SUNTIKAN DAN SEMULA JADI.
 
Seperti Lampam, Jelawat, Bala Shark
Induk dipelihara di dalam kolam tanah.
Hormon Ovaprim digunakan.

BARB


Contoh Ruby barb Tiger barb Rosy barb. Dibiakkan secara semulajadi menggunakan kurungan kerana ia memakan telur sendiri. Induk dipelihara di dalam tangki simen @ akuarium.



CARA BIAKKAN BARB


-Sediakan sangkar jaring netlon 60cm x 30 cm

-          Saiz jaring 0.75cm

-          Suhu air 27 0C

-          Lepas 10 -15 pasang induk

-          72 jam kalau tidak menetas lepas kembali

-          Larva saiz 2 -2.5 mm

-          Lemah dan tidak berwarna

-          Masa menetas 20 – 24 jam selepas persenyawaan

-          Telor 300 – 500 biji /induk

      -        Keluarkan induk selepas bertelur

      -        Peringkat yolk-sak mengambil masa 3 hari

      -        Hari keempat beri air hijau, zooplankton,( rotifer )

      -        Hari ke 7 beri artemia atu moina (dalam tangki)

-          Umur 7 hari lepas kolam asuh (dedak halus)

-          Umur 3 bulan  boleh dipasarkan


Monday, 26 September 2011

PEMBIAKAN IKAN HIASAN

Terdapat 2 cara ikan membiak, iaitu :

  • Membiak secara beranak
Ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail membiak secara beranak.  Ikan jenis ini tidak sukar untuk membiakkannya kerana anak-anak yang dihasilkan boleh hidup tanpa penjagaan yang rumit.

  • Membiak secara bertelur
        
Ikan-ikan yang membiak secara bertelur termasuklah ikan Barb, Rasbora, Tetra dan Anabantid.  Ikan jenis bertelur lebih sukar dan rumit untuk dibiakkan.  Ia memerlukan penjagaan rapi terutamanya di peringkat yolksac sehingga berumur 3-5 hari dimana rega ikan lemah, sensitive terhadap penyakit dan perubahan sekitaran.  Ia hanya bergantung kepada kuning telur untuk tumbesarannya.  Ikan jenis bertelur yang dibiakkan secara meluas di Negara ini terdiri daripada keluarga :
Cyprinidae – ikan Emas, Barb, Rasbora, Danio, Minnow dan Labeo.
Characidae – ikan Tetra dan ikan Characis.
Anabantidae – jenis-jenis penafas udara.
Cichlidae – ikan cichlid.








FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBIAKAN

* KESIHATAN IKAN
Induk-Induk perlu dipilih daripada ikan yang mempunyai warna dan morfologi yang baik.  Sekiranya ikan itu pernah sakit dan telah diubati, adalah tidak sesuai.  Cara yang baik ialah dengan membeli sejumlah anak ikan dan dipelihara sehingga matang.

* JANTINA
Biasanya ikan jantan mempunyai warna yang lebih terang, siripnya lebih panjang, saiznya lebih besar dan badannya lebih langsing berbanding dengan ikan betina.  Jenis ikan beranak pula siripinduk jantan diubahsuai menjadi "gonopodium" yang berbentuk tajam berfungsi menyalurkan sperma ke dalam rongga ikan betina.  Sirip anal induk berbentuk bulat.

* PEMUSIMAN (CONDITIONING)
Permusiman dijalankan dengan cara mengasingkan induk jantan dan betina seminggu  atau lebih sebelum pembiakan dijalankan dan diberi makanan yang baik dan mencukupi.

*KUALITI AIR
Keperluan kualiti air berbeza antara species.  Ikan Anabantid memerlukan air yang asidik iaitu pH 5.5-6.5 sementara ikan Cichlid memerlukan air alkali iaitu pH > 7.0

*CAHAYA
Ikan perlu mendapatkan cahaya optimum untuk pembiakannya.  Sesetengah jenis ikan memerlukan sekitaran yang gelap untuk membiak seperti ikan Neon Tetra.  Kebanyakkan ikan tidak terlalu dipengaruhi keamatan cahaya untuk merangsang penbiakan.

*RUANG HIDUP
Ikan dapat membiak di dalam tangki yang kecil.  Oleh kerana itu saiz ruang yang optimum adalah diperlukan untuk ikan tertentu bertelur atau beranak.

*KEBERSIHAN TANGKI
 Tangki pembiakan perlu bersih kerana anak ikan sensitif terhadap jangkitan penyakit.

*TUMBUHAN AIR
Ikan Angel dan Rasbora melekatkan telurnya pada tumbuhan air yang berdaun seperti Cryptocoryne sp.  atau "Amazon Sword plant".  Ikan Barb melekatkan telurnya pada tumbuhan berdaun halus seperti Hydrilla sp.
Sesetengah ikan membuat sarang buih seperti jenis ikan sepat dan ikan pelaga sian (Betta splendens).  Ikan kaloi (Osphronemus gouramy) pula menggunakan cebisan tumbuhan akuatik untuk mengukuhkan sarangnya.

*PERLINDUNGAN
Ikan Cichlid memerlukan batu-batu atau gua kecil sebagai tempat untuk melekatkan telurnya.

PENGENALAN.

Di Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis ikan air tawar, dan dianggarkan terdapat lebih daripada 250 spesies.  Daripada jumlah itu, 1/3 daripadanya berpotensi sebagai ikan hiasan.  Walau bagaimanapun, hanya beberapa spesies sahaja yang dibiakkan secara meluas dan komersial seperti sepat ronggeng (Trichogaster trichopterus), sepat mutiara (trichogaster leeri), ikan kaloi (sungai, indonesia, sabah) (osphronemus goramy), jenis-jenis barb seperti Tiger Barb (Barbus tetrazona) dan jenis Danio (Brachydanio sp).  Sebahagian besar daripada ikan hiasan yang dihasilkan di negara ini adalah jenis eksotik seperti ikan daripada keluarga Characidae yang berasal dari Amerika Selatan, ikan Cyprinidae berasal dari negara-negara Asia.  keadaan iklim dan persekitaran negara kita yang sangat sesuai menjadi faktor utama untuk penghasilan ikan-ikan hiasan.  Pengusaha ikan hiasan yang telah lama terlibat dalam penghasilan benih ikan hiasan secara komersil mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penbiakan.  Teknologi pembiakan yang mereka amalkan adalah hasil dari pengalaman tersebut.  Bahan-bahan yang dipaparkan di dalam blog adalah sebagai rujukan bagi mereka yang ingin berkongsi pengalaman dalam bidang ini.