Terdapat 2 cara ikan membiak, iaitu :
- Membiak secara beranak
Ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail membiak secara beranak. Ikan jenis ini tidak sukar untuk membiakkannya kerana anak-anak yang dihasilkan boleh hidup tanpa penjagaan yang rumit.
- Membiak secara bertelur
Ikan-ikan yang membiak secara bertelur termasuklah ikan Barb, Rasbora, Tetra dan Anabantid. Ikan jenis bertelur lebih sukar dan rumit untuk dibiakkan. Ia memerlukan penjagaan rapi terutamanya di peringkat yolksac sehingga berumur 3-5 hari dimana rega ikan lemah, sensitive terhadap penyakit dan perubahan sekitaran. Ia hanya bergantung kepada kuning telur untuk tumbesarannya. Ikan jenis bertelur yang dibiakkan secara meluas di Negara ini terdiri daripada keluarga :
Cyprinidae – ikan Emas, Barb, Rasbora, Danio, Minnow dan Labeo.
Characidae – ikan Tetra dan ikan Characis.
Anabantidae – jenis-jenis penafas udara.
Cichlidae – ikan cichlid.
No comments:
Post a Comment