PEMBIAKKAN IKAN HIASAN MALAYSIA

PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN MALAYSIA

KEPADA SESIAPA YANG INGIN BELAJAR MENGENAI IKAN HIASAN...
CARA-CARA PEMBIAKAN IKAN HIASAN...
DI SINILAH TEMPATNYA...

Friday, 30 September 2011

PEMBIAKAN IKAN ANABANTIDAE (JENIS-JENIS PENAFAS UDARA)

ANABANTIDAE.

Pembiakan Anabantid secara umum.
Kebanyakkan species Anabantid membuat sarang buih.  Induk jantan membuat sarang dengan membentuk gelembung udara pada akar tunbuhan yang terapung sebelum mengawan.  Telur tersenyawa dijaga oleh induk jantan sehingga menetas.  Induk betina tidak berperanan menjaga sarangnya.  Sesetengah species Anabantid, seperti ikan pelaga siam (Betta Splendens) induk betina perlu diasingkan selepas membiak kerana induk jantan akan mencederakan induk betina.  Terdapat juga species dimana induk betina mengeram telur di dalam mulutnya (mouth brooder) seperti Sphaerichthys Osphomenoides (Cochlate Gourami) dan Betta pugnax atau membuat sarang dari cebisan-cebisan tumbuhan air seperti ikan kaloi (Osphronemus gourami).

Ikan dalam kumpulan ini termasuklah ikan pelaga (Betta splendens), ikan sepat  (Trichogaster sp), ikan Lili (Colisa), ikan kaloi (Osphronemus gourami) dan ikan pelaga china atau Paradise Fish (Macropdus opercularis).

PEMBIAKAN IKAN PELAGA (Betta Splendens).


Betta splendens, nama saintifik yang diberikan oleh Bleeker, diambil dari perkataan Jawa iaitu ‘Wader Bettah’. Membuat sarang buih ketika membiak. Ikan jantan mengawasi anaknya sehingga dapat hidup sendiri.

         Ikan pelaga (Betta) sentiasa mendapat tempat dikalangan peminat ikan hiasan.
         Trend semasa ialah mendapatkan jenis fancy untuk hiasan& dipertandingkan.
Seekor baka baru boleh mencapai harga ribuan ringgit


Langkah-langkah untuk membiak Betta

1. Pra pembiakan ( Conditioning )

       Induk jantan dan betina diasingkan.Induk jantan dalam sebuah bekas dan betina dalam akuarium secara komuniti.
       Makanan utama seperti Moina sp, tubifex worm atau blood worm boleh diberikan.

2. Penyediaan tangki pembiakan

    Tangki berukuran 12”x10”x10” adalah memadai.Tangki diisi air separuh penuh dengan air paip&air hujan yang telah diheningkan.
       Letakkan satu keratan paip PVC 6” untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan sedang aggresif.

3. Mencampurkan induk

       Induk jantan dimasukkan dalam tangki pembiakan.Bila ia telah membina sarang buih, sudah sedia untuk membiak.
       Induk betina dimasukkan dalam botol di dalam tangki pembiakan untuk merangsang pembiakan ikan jantan.

4.Membuat sarang buih

     Induk jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dgn mucus dari dalam mulutnya.
       Buih-buih bercantum membentuk segumpal sarang.
       Pada permulaan berlaku pergaduhan induk jantan&betina.Bila kedua-dua induk sedia mengawan,ia akan berada dibawah sarang dan mulai mengawan.
 
5. Pengawanan

       Semasa mengawan, ikan jantan dan betina membelitkan badannya.
       Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menhembuskan ke dalam sarang buih.
       Buih yang rosak akan terus dibaikki oleh ikan jantan.
       Proses ini berulang-ulang antara 1-1.5 jam.

6.Penjagaan telur

       Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dibuat rawatan.
       Induk jantan mengawasi telor sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry

       Telur menetas selepas 24-30 jam.Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya.
       Selepas 3 hari fry akan mula berenangdan perlulah diberikan makanan.Makanan terbaik ialah air hijau( green water ) yang boleh didapati dalam ternakan keli/tilapia.
       Kaedah lain ialah makanan artemia yang baru menetas.Selepas 5 hari boleh diberikan makanan rumusan berbentuk serbuk.
       Fry berumur 7-10 hari dipindahkan ke tangki pemeliharaan dengan diberikan makanan moina atau blood worm yang dicincang.
       Tangki pemeliharaan tidak perlu pengudaraan.

8. Pengasingan/pembotolan

       Setelah 3 bulan, jantan mulai agresif dan perlulah diasingkan secara individu di dalam botol.
       Ikan betina dipelihara dalam akaurium secara komuniti.
       Untuk penghasilan komersial pastikan ruang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.


No comments:

Post a Comment