* KESIHATAN IKAN
Induk-Induk perlu dipilih daripada ikan yang mempunyai warna dan morfologi yang baik. Sekiranya ikan itu pernah sakit dan telah diubati, adalah tidak sesuai. Cara yang baik ialah dengan membeli sejumlah anak ikan dan dipelihara sehingga matang.
* JANTINA
Biasanya ikan jantan mempunyai warna yang lebih terang, siripnya lebih panjang, saiznya lebih besar dan badannya lebih langsing berbanding dengan ikan betina. Jenis ikan beranak pula siripinduk jantan diubahsuai menjadi "gonopodium" yang berbentuk tajam berfungsi menyalurkan sperma ke dalam rongga ikan betina. Sirip anal induk berbentuk bulat.
* PEMUSIMAN (CONDITIONING)
Permusiman dijalankan dengan cara mengasingkan induk jantan dan betina seminggu atau lebih sebelum pembiakan dijalankan dan diberi makanan yang baik dan mencukupi.
*KUALITI AIR
Keperluan kualiti air berbeza antara species. Ikan Anabantid memerlukan air yang asidik iaitu pH 5.5-6.5 sementara ikan Cichlid memerlukan air alkali iaitu pH > 7.0
*CAHAYA
Ikan perlu mendapatkan cahaya optimum untuk pembiakannya. Sesetengah jenis ikan memerlukan sekitaran yang gelap untuk membiak seperti ikan Neon Tetra. Kebanyakkan ikan tidak terlalu dipengaruhi keamatan cahaya untuk merangsang penbiakan.
*RUANG HIDUP
Ikan dapat membiak di dalam tangki yang kecil. Oleh kerana itu saiz ruang yang optimum adalah diperlukan untuk ikan tertentu bertelur atau beranak.
*KEBERSIHAN TANGKI
Tangki pembiakan perlu bersih kerana anak ikan sensitif terhadap jangkitan penyakit.
*TUMBUHAN AIR
Ikan Angel dan Rasbora melekatkan telurnya pada tumbuhan air yang berdaun seperti Cryptocoryne sp. atau "Amazon Sword plant". Ikan Barb melekatkan telurnya pada tumbuhan berdaun halus seperti Hydrilla sp.
Sesetengah ikan membuat sarang buih seperti jenis ikan sepat dan ikan pelaga sian (Betta splendens). Ikan kaloi (Osphronemus gouramy) pula menggunakan cebisan tumbuhan akuatik untuk mengukuhkan sarangnya.
*PERLINDUNGAN
Ikan Cichlid memerlukan batu-batu atau gua kecil sebagai tempat untuk melekatkan telurnya.
No comments:
Post a Comment