PEMBIAKKAN IKAN HIASAN MALAYSIA

PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN MALAYSIA

KEPADA SESIAPA YANG INGIN BELAJAR MENGENAI IKAN HIASAN...
CARA-CARA PEMBIAKAN IKAN HIASAN...
DI SINILAH TEMPATNYA...

Tuesday, 25 October 2011

PENGURUSAN KUALITI AIR

☻ Suhu          : 26-30˚c
☻ pH              : 6.5-8.5
☻ DO             : > 5 ppm
☻ Ammonia    : < 0.1 ppm
☻ Nitrit           : < 0.1 ppm

INFO

  Kotoran@telur yang tidak menetas hendaklah di bersihkan sebaik sahaja telur menetas untuk mengelakkan infeksi parasit kulat “ Saprolegnia sp “

PEMAKANAN LARVA

Larva (yolk)
      ( larva tidak mengambil sebarang makanan selama 3@4 hari )
       

Minggu pertama
      ( larva di beri kuning telur yang di rebus dan di selang seli dengan artemia )
     
      Minggu kedua
      ( rega di beri makan artemia di selang seli dengan moina )
         
      
       Minggu ketiga
       ( pada minggu kedua dan ketiga, makanan terdiri daripada moina, dapnia )
        
     
      Minggu keempat  dan seterusnya
      ( larva di pindahkan ke dalam tangki atau kolam asuhan )

TAHAP PEMBESARAN REGA ANGEL



·         Pada hari ke2, pundi kencing dapat dilihat dibahagian bawah dan organ penghadaman dibahagian atasnya.



  Hari ke3, rega berenang dengan aktif.


☻ Sebahagian ikan ini membesar dengan lingkaran warna biru sekitar bahagian mata.



☻ Hari ke5 dan 6, sirip dorsal dan ventral mula kelihatan.



☻ Hari ke7, rega yang telah besar akan kelihatan insang dan organ dalaman.




TAHAP PEMBESARAN REGA ANGEL



☻ Kelihatan rega yang baru menetas terdapat kuning telur dibahagian perutnya. Kuning telur ini digunakan sebagai makanannya.







☻ Hari pertama rega bernang, kuning telur telah habis digunakan dan pada ketika ini makanan perlu diberikan. Artemia yang baru menetas diberikan.

TAHAP PEMBESARAN REGA ANGEL



☻ Telur ini telah berusia 60 hari dan bersedia untuk menetas. Kepalanya dapat di lihat dibahagian atas telur.


☻ Fungus akan menyeramg telur sebelum ia menetas, telur di bahagian kiri menunjukkan ia telah diserang oleh fungus. Telur harus di rawat dengan metelin biru selepas di senyawakan untuk mengawal fungus. 


☻ Telur yang baru menetas

TAHAP PEMBESARAN REGA ANGEL



☻Gambar ini menunjukkan telur yang di lekatkan pada media yang disediakan.

☻ Telur yang tidak baik biasanya bewarna putih akan ditelan oleh induknya.



ASUHAN REGA

☻ Memindahkan  telur ke tangki penetasan

☻ Telur akan menetas dalam tempoh 36-48 jam.

☻ Rega mula berenang setelah 2 hari ia menetas

☻ Diberi makan artemia

☻ Setelah 2 minggu,rega boleh diberi moina atau daphnia sehingga membesar.

☻ Selepas itu, dipindahkan ke kolam

TELUR YANG DI PINDAHKAN KE BESEN PENETASAN

INFO

* Persenyawaan jenis ini dinamakan
“ persenyawaan oviparous “ di mana persenyawaan benih jantan dan betina berlaku di luar badan kedua- dua induk..

PEMBIAKAN DAN PERSENYAWAAN


* Induk betina yang matang mempunyai perut yang besar dan cembung. Induk betina akan membersihkan tempat pembiakan yang disediakan.
* Induk betina akan berenang menghampiri tempat pembiakan dan mengeluarkan sebaris telur .
* Manakala, induk jantan akan mengikuti di belakang induk betina dan mempersenyawakan telur dengan mengeluarkan sperma. 

PERBEZAAN INDUK JANTAN DAN BETINA

BETINA


1)     Badan lebih kecil 
2)     Perut lebih besar dan  cembung
3)     Kepala lebih kecil
4)     Bahagian antara  mulut ke sirip pelvik    dahi membentuk    satu garisan lurus.
5)     Warna tidak cerah
6)  Liang genitalnya tebal dan membengkak berbentuk “u” setelah mencapai    kematangan

PERBEZAAN INDUK JANTAN DAN BETINA

JANTAN


1)     Badan lebih besar
2)     Perut pipih dan ramping
3)     Kepala lebih besar
4)     Bahagian atas antara mulut dan sirip pelvik dan dahi berbentuk cembung
5)     Warna lebih terang dan cantik
6)   Liang genital tajam    berbentuk “v”

Saturday, 1 October 2011

PEMILIHAN INDUK


* Angelfish lebih baik jika di biarkan hidup dalam akuarium secara berkumpulan dan memilih pasangan daripada kumpulan yang selalu berkejaran dan berpasangan.
* Ia juga boleh dipilih sendiri
* Kematangan seks tercapai setelah berusia 7 bulan.


PENYEDIAAN PERALATAN DAN MEDIA


* Akuarium kaca yang bersaiz 75cm x 50cm x 50cm yang setebal 5-6mm atau besen
* Kepingan PVC
* Pengudaraan
* Ph 6.5-7.0
* Suhu 26-27 Âșc 
* Kandungan udara terlarut lebih 5ppm

CIRI-CIRI


* Tubuh pipih dan tajam di hujung mulutnya.
* Bentuk badaan kelihatan seperti anak panah.
* Sirip dorsal dan anal membentang lebar kearah ekor.
* Di bahagian dada terdapat dua sirip yang panjang berjuntai hingga ke ekor.
* Boleh membesar sehingga 15cm.

PEMBIAKAN IKAN CICHILIDAE (Pterophyllum Scalare Ikan angel)

PENGENALAN

Nama saintifik          : Pterophyllum Scalare
Nama biasa              : Angelfish
Famili                        : Cichilidae
Order                         : Pencomorphoidei
Sub-order                 : Percoidae
Genus                       : Pterophyllum
Spesies                    : Scalare
Asal                           :  Amazon tengah, Peru, Estern Ecuador
Saiz dewa                :   30-38cm panjang dan 42cm tinggi
Sosial                       :  Tenang, tetapi akan makan ikan kecil
Jangka hayat           :   Kira-kira 15 tahun
Makanan                  :   Omnivor, memakan makanan hidup
Pembiakan              :   Bertelur
ph ideal                    :   6.8-7.2
Suhu                         :  24-28˚c
 
VAREITI ANGELFISH

1)     Gold angelfish
2)     Silver angelfish
3)     Marbel angelfish
4)     Zebra angelfish
5)     Koie angelfish
6)     Black angelfish


GOLD ANGELFISH

* Mempunyai badan berkilat dengan kuning yang terang.
* Vareiti ini mempunyai kepala yang cantik dengan warna keemasan apabila ia matang.
 
SILVER ANGELFISH

* Badan yang bewarna perak, kepala keperangan dan garisan hitam menegak.
* Silver angel ini mempunyai corak yang tersendiri.
MARBEL ANGELFISH

* Mempunyai warna perak  dan hitam berpusar pada badannya.
* Sirip yang bewarna  hitam.
* Sesetengah ikan ini mempunyai corak keemasan pada bahagian kepala.

ZEBRA ANGELFISH

* Badan bewarna hitam dengan belang sempit seperti kuda belang.
* Kadangkala warna emas berkilau dibahagian atas.
KOIE ANGELFISH

* Badan yang bewarna putih dengan tompok hitam.
* Kadang-kala menpunyai warna keemasan dibahagian kepala.
* Ikan yang muda boleh dikenali dengan warna merah dibahagian mata,ia akan  pudar apabila matang.
BLACK  ANGELFISH

* Badan yang bewarna hitam, sesetengahnya mempunyai corak bewarna perak.